Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Isnin, 15 Julai 2013

Sambutan Ihya' Ramadhan

Tarikh : 12 Julai 2013
Masa : 7.45 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Penceramah : Ustaz uhammad Muzzairy Bin Idris

OBJEKTIF
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T
  • Menyemai serta memupuk rasa cinta kepada Allah sebagai Al-Khaliq.
  • Meningkatkan keazaman untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
  • Mengeratkan hubungan silarulrahim serta sifat saling hormat dalam kalangan warga sekolah

Jumaat, 5 Julai 2013

LADAP 5 KURSUS FROG VLE

Tarikh : 3 & 4 Julai 2013
Masa : 2.00 - 5.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SMKSA

OBJEKTIF DAN FAEDAH FROG VLE

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.





Isnin, 1 Julai 2013

Minggu Teknik dan Vokasional

Tarikh : 22 - 28 Jun 2013
Tempat :  SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim

Aktiviti
  • Kuiz
  • Jualan
  • Arodinamik
  • Pertandingan gubahan buah nanas dan buah tembikai
  • Demonstrasi membuat pizza
  • Pertandingan Melukis Model Kereta
  • Explorace
  • Pertandingan pendawaian lampu pendaflour

KEMAHIRAN TEKNIK TERAJUI KEJAYAAN

Jumaat, 21 Jun 2013

Sukan Tahunan SMK Sultan Alauddin

Tarikh : 20 Jun 2013
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : Padang SMKSA

Objektif
  • Meningkatkan kecerdasan jasmani di samping rohani
  • Memberi platform selain pembelajaran di dalam kelas
  • Menerapkan sikap bekerjasama melalui sukan






Rabu, 19 Jun 2013

Acara Awal Sukan Tahunan 2013

Tarikh : 17 & 18 Jun 2013
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : Padang SMKSA

ACARA 17 JUN 2013
  1. Rejam Lembing
  2. Lompat Jauh
  3. Lontar Peluru
  4. 400 Meter
  5. 800 Meter
ACARA 18 JUN 2013
  1. Lempar Cakera
  2. Lompat Tinggi
  3. Tarik Tali
  4. 1500 Meter







Selasa, 18 Jun 2013

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Program Jom Ke Sekolah 2 Fasa 1

Tarikh : 17 Jun 2013
Masa : 7.20 Pagi - 8.20 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka
KELOLAAN BERSAMA UNIT HEM SMKSA & UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
AJK PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2

Objektif 
  • Peratus kehadiran murid meningkat daripada 88.45% kepada 95.0%. 
  • Setiap pelajar berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 182/191 jumlah hari persekolahan bagi tahun 2013.
  • Peratus bilangan murid ponteng menurun daripada 11.6% kepada 5%.
  • Purata murid ponteng kelas menurun daripada 381 orang kepada 70 orang (5%) orang.
  • Purata bilangan murid ponteng kelas diturunkan kepada 0%.

Isnin, 17 Jun 2013

LADAP KE4

Tarikh : 15 Jun 2013
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat :DEWAN SMK GHAFFAR BABA
Tajuk : Seminar Integriti Warga Pendidik (SWIP)
Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah


OBJEKTIF

1.1   Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik mengenai Pelan Inegriti Nasional (PIN)

1.2   Meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat

1.3   Mendapatkan kerjasama warga pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integriti dan PIN dikalangan pelajar.

RASIONAL PROGRAM
Program SWIP di Negeri Melaka akan dilaksanakan dengan menggunakan pakai modul baru SIWP yang telah Berjaya dilakasanakan melalui program rintis SIWP tahun 2012 di negeri Perlis. Kesinambungan kejayaan SIWP di negeri Perlis diperluaskan kesemua negeri pada tahun 2013. 

KEHADIRAN


SEKOLAH
JUMLAH GURU
SMK SULTAN ALAUDDIN
107
SK MASJID TANAH
33
SK AYER LIMAU
25
SK DEMANG TAHA
24
SK JERAM
32
SK LUBOK REDAN
32
SRJK (C) MASJID TANAH
17

 ATURCARA MAJLIS

WAKTU
ACARA
8.00 PAGI
PENDAFTARAN
8.30 PAGI
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
     -BACAAN DOA
     -NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
9.00 PAGI
CERAMAH INTEGRITI
    -FALSAFAH DAN PRINSIP PELAN INTEGRITI NASIONAL
    -INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN
12.00 TENGAHARI
MAKAN TENGAHARI
BERSURAI






Sabtu, 15 Jun 2013

Majlis Sambutan Isra' & Mikraj

Tarikh : 14 Jun 2013
Masa : 7.20 Pagi - 8.50 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka
Penceramah : Ustaz Ahmad za'im B Abd Wahid

OBJEKTIF

  1. Memupuk nilai-nilai murni serta ciri-ciri keperibadian mulia.
  2. Menyemarakkan sikap prihatin, semangat berpasukan dan sikap bertanggungjawab antara warga sekolah.
  3. Memupuk rasa cinta terhadap Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripada peristiwa besar Isra' dan Mikraj dalam kehidupan seharian. 

Khamis, 13 Jun 2013

Sambutan Hari Koperasi

Tarikh : 12 Jun 2013
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Terbuka
Perasmi : Pengetua SMKSA Pn Hjh Salamah Hashim

AKTIVITI

1. Pertandingan Bowling
2. Pertandingan Petanque
3. Bantuan ehsan kepada bekas ahli koperasi
4. Ceramah Kepenggunaan dari KPDDNK
5. Makan amal Pendidikan Khas
6. Pertandingan permainan tradisional
7. Jualan (koperasi sebagai koperasi)
8. Gotong-royong di Masjid Tanah bersama JKK

Jumaat, 17 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Tarikh : 16 Mei 2013
Tempat : SMKSA
Tema : Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda
Perasmi : YB Pn Mas Ermiyati Binti Hj Shamsudin
Ahli Parlimen Masjid Tanah



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan