Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Selasa, 19 Februari 2013

Program Pelancaran NILAM

Tarikh : 18. 02 .2013
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA


Pengenalan
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai.

Matlamat
Membudayakan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
Membiat tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

Strategi
• Memupuk sikap murid supaya suka dan banyak membaca.
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga elemen Program Nilam
Rekod Membaca
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.

Pengesahan pembacaan
Guru kelas, guru akademik, dan ibu bapa mengesahkan rekod bacaan murid.

Pengiktirafan
Pengiktirfan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca


Program NILAM mempunyai 2 Tahap:
• Tahap Jauhari
• Tahap Rakan Pembaca (RP)

Tahap Jauhari
• Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua murid diwajibkan mengikuti galakan membaca dalam Tahap Jauhari
• Murid mula mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan tahun untuk Tahun 1).
Tahap Rakan Pembaca (RP)
• Setelah membaca 100 buah buku dalam Tahap Jauhari, murid layak dimasukkan ke dalam Tahap Rakan Pembaca.
• Murid membentuk kumpulan RP masing-masing yang tidak lebih daripada 10 orang ahli.
• Murid mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).
• Murid menjalankan sebarang aktiviti berkaitan buku seperti ulasan buku, aktiviti bercerita, membaca bersama-sama rakan, keluarga, dan jiran.
• Aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan RP disahkan oleh guru / penjaga
Pengiktirafan 

Gangsa
90 –179
72 - 143

Perak
180 – 269
144 - 215

Emas
270 – 358
126 - 287

NILAM
360 ke atas
288 ke atas