Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Rabu, 18 September 2013

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Ke 56

Tarikh : 18 September 2013
Masa : 7.20 - 9.40 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Penceramah : Leftenan Kolonel Hj Zaini Bin Hashim

Aturcara Majlis
  • Pelajar berhimpun
  • Nyayian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Gemilang Alauddin
  • ikrar sekolah
  • Ucapan perasmian oleh Tn Hj Amran Bin Latif, Guru penolong kanan 1.
  • Ceramah tokoh kemerdekaan oleh Leftenan Kolonel Hj Zaini Bin Hashim
  • Gimik 
  • Persembahan pelajar
  • Penyampaian hadiah dan cenderahati
  • Nyayian lagu patriotik

Khamis, 12 September 2013

LADAP 6 - Program Bersama Kaunselor Jabatan

Tarikh : 12 September 2013
Masa : 2.40 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Objektif
  • Meningkatkan motivasi guru
  • Memupuk wawasan guru ke arah membangunkan generasi Malaysia yang dinamik, berdaya saing dan cemerlang.
Fokus Program
  • Cinta Kepada Negara
  • Positiviti
  • Berdaya Saing

Jumaat, 30 Ogos 2013

Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-56

Tarikh : 30 Ogos 2013
Masa : 7.20 - 9.40 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA

Matalamat
Murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia serta menyayangi negara Malaysia melalui program Ambang Kemerdekaan. Selain itu, murid-murid dapat meraikan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos setiap tahun.

Aturcara Malis
  • Bacaan Yaasin
  • Nyayian lagu Negaraku
  • Ikrar Rukun Negara
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Alu-aluan oleh Pn Pengetua
  • Persembahan pelajar
  • Laungan Merdeka 
  • Nyayian Lagu Patriotik

Sabtu, 24 Ogos 2013

Majlis Pelancaran Kempen Pengibaran Jalur Gemilang

Tarikh : 24 Ogos 2013
Masa : 7.20 - 9.40 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA

Objektif Program
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotismw di dalam jiwa murid-murid supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
  • Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
  • Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja sepasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
  • Mewujudkan kerjasama warga sekolah dengan masyarakat luar melalui aktiviti bersama.
  • Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.
Aktiviti Bulan Patriotisme
  1. Ceria Merdeka
  2. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
  3. Pertandingan esei pendek
  4. Lagu-lagu patriotik setiap pagi
  5. Pertandingan Melukis poster
  6. Pertandingan Laungan Azan
  7. Pertandingan Syarahan
  8. Pertandingan Nyasyid
  9. Pertandingan Tilawah Al-Quran
  10. Kuiz bertuls
  11. Melengkapkan peta
  12. Larian Merdeka
  13. Pengisahan tokoh
Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Jumaat, 26 Julai 2013

Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Warga Emas Kerabat SMKSA dan Murid-murid Yatim/Miskin SMKSA

Tarikh : 26 Julai 2013
Masa : 7.30 - 9.10 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : YB Tuan Haji Sulaiman Bin Md Ali

Objektif Program
  • Meringankan beban warga emas menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
  • Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan.
  • Meningkatkan pemahaman dan kesedaran pelajar tentang kepentingan golongan warga emas.

Isnin, 15 Julai 2013

Sambutan Ihya' Ramadhan

Tarikh : 12 Julai 2013
Masa : 7.45 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Penceramah : Ustaz uhammad Muzzairy Bin Idris

OBJEKTIF
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T
  • Menyemai serta memupuk rasa cinta kepada Allah sebagai Al-Khaliq.
  • Meningkatkan keazaman untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
  • Mengeratkan hubungan silarulrahim serta sifat saling hormat dalam kalangan warga sekolah

Jumaat, 5 Julai 2013

LADAP 5 KURSUS FROG VLE

Tarikh : 3 & 4 Julai 2013
Masa : 2.00 - 5.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SMKSA

OBJEKTIF DAN FAEDAH FROG VLE

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.





Isnin, 1 Julai 2013

Minggu Teknik dan Vokasional

Tarikh : 22 - 28 Jun 2013
Tempat :  SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim

Aktiviti
  • Kuiz
  • Jualan
  • Arodinamik
  • Pertandingan gubahan buah nanas dan buah tembikai
  • Demonstrasi membuat pizza
  • Pertandingan Melukis Model Kereta
  • Explorace
  • Pertandingan pendawaian lampu pendaflour

KEMAHIRAN TEKNIK TERAJUI KEJAYAAN

Jumaat, 21 Jun 2013

Sukan Tahunan SMK Sultan Alauddin

Tarikh : 20 Jun 2013
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : Padang SMKSA

Objektif
  • Meningkatkan kecerdasan jasmani di samping rohani
  • Memberi platform selain pembelajaran di dalam kelas
  • Menerapkan sikap bekerjasama melalui sukan






Rabu, 19 Jun 2013

Acara Awal Sukan Tahunan 2013

Tarikh : 17 & 18 Jun 2013
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : Padang SMKSA

ACARA 17 JUN 2013
  1. Rejam Lembing
  2. Lompat Jauh
  3. Lontar Peluru
  4. 400 Meter
  5. 800 Meter
ACARA 18 JUN 2013
  1. Lempar Cakera
  2. Lompat Tinggi
  3. Tarik Tali
  4. 1500 Meter







Selasa, 18 Jun 2013

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Program Jom Ke Sekolah 2 Fasa 1

Tarikh : 17 Jun 2013
Masa : 7.20 Pagi - 8.20 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka
KELOLAAN BERSAMA UNIT HEM SMKSA & UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
AJK PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2

Objektif 
  • Peratus kehadiran murid meningkat daripada 88.45% kepada 95.0%. 
  • Setiap pelajar berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 182/191 jumlah hari persekolahan bagi tahun 2013.
  • Peratus bilangan murid ponteng menurun daripada 11.6% kepada 5%.
  • Purata murid ponteng kelas menurun daripada 381 orang kepada 70 orang (5%) orang.
  • Purata bilangan murid ponteng kelas diturunkan kepada 0%.

Isnin, 17 Jun 2013

LADAP KE4

Tarikh : 15 Jun 2013
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat :DEWAN SMK GHAFFAR BABA
Tajuk : Seminar Integriti Warga Pendidik (SWIP)
Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah


OBJEKTIF

1.1   Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik mengenai Pelan Inegriti Nasional (PIN)

1.2   Meningkatkan komitmen warga pendidik mengenai peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti masyarakat

1.3   Mendapatkan kerjasama warga pendidik bagi membantu menyebarluaskan kefahaman mengenai integriti dan PIN dikalangan pelajar.

RASIONAL PROGRAM
Program SWIP di Negeri Melaka akan dilaksanakan dengan menggunakan pakai modul baru SIWP yang telah Berjaya dilakasanakan melalui program rintis SIWP tahun 2012 di negeri Perlis. Kesinambungan kejayaan SIWP di negeri Perlis diperluaskan kesemua negeri pada tahun 2013. 

KEHADIRAN


SEKOLAH
JUMLAH GURU
SMK SULTAN ALAUDDIN
107
SK MASJID TANAH
33
SK AYER LIMAU
25
SK DEMANG TAHA
24
SK JERAM
32
SK LUBOK REDAN
32
SRJK (C) MASJID TANAH
17

 ATURCARA MAJLIS

WAKTU
ACARA
8.00 PAGI
PENDAFTARAN
8.30 PAGI
UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS
     -BACAAN DOA
     -NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
9.00 PAGI
CERAMAH INTEGRITI
    -FALSAFAH DAN PRINSIP PELAN INTEGRITI NASIONAL
    -INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN
12.00 TENGAHARI
MAKAN TENGAHARI
BERSURAI






Sabtu, 15 Jun 2013

Majlis Sambutan Isra' & Mikraj

Tarikh : 14 Jun 2013
Masa : 7.20 Pagi - 8.50 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka
Penceramah : Ustaz Ahmad za'im B Abd Wahid

OBJEKTIF

  1. Memupuk nilai-nilai murni serta ciri-ciri keperibadian mulia.
  2. Menyemarakkan sikap prihatin, semangat berpasukan dan sikap bertanggungjawab antara warga sekolah.
  3. Memupuk rasa cinta terhadap Rasulullah s.a.w dan mengambil iktibar daripada peristiwa besar Isra' dan Mikraj dalam kehidupan seharian. 

Khamis, 13 Jun 2013

Sambutan Hari Koperasi

Tarikh : 12 Jun 2013
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Terbuka
Perasmi : Pengetua SMKSA Pn Hjh Salamah Hashim

AKTIVITI

1. Pertandingan Bowling
2. Pertandingan Petanque
3. Bantuan ehsan kepada bekas ahli koperasi
4. Ceramah Kepenggunaan dari KPDDNK
5. Makan amal Pendidikan Khas
6. Pertandingan permainan tradisional
7. Jualan (koperasi sebagai koperasi)
8. Gotong-royong di Masjid Tanah bersama JKK

Jumaat, 17 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Tarikh : 16 Mei 2013
Tempat : SMKSA
Tema : Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda
Perasmi : YB Pn Mas Ermiyati Binti Hj Shamsudin
Ahli Parlimen Masjid Tanah



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan


Isnin, 29 April 2013

LADAP KALI KE 3

Tarikh : 29 April 2013
Masa : 3.00 - 5.00 Petang
Tempat : SMKSA
Tajuk : Mikro teaching



Jumaat, 26 April 2013

Minggu Sains dan Matematik

Tarikh : 22-26 April 2013
Masa : 7.20 - 8.20 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim

OBJEKTIF

1. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan harian.
2. Meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam bidang sains & matematik.
3. Menguji kemampuan pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti.
4. Membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru.
5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.

AKTIVITI

1. Pameran Sains
2. Sudoku / Smart Usage Calculator
3. Pertandingan Merekacipta Model Kereta
4. Pengkisahan Ahli Sains/Matematik
5. Kuiz Sains dan Matematik
6. Explorace
7. Math Genius
8. Sudut Kreatif Sains dan Matematik



Isnin, 8 April 2013

Program Sejenak Bersama Murid Cemerlang SPM

Tarikh : 8 April 2013
Masa : 7.20 - 8.20 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Pelajar Cemerlang SPM : Sdr. Muhammad Azrul Bin Talib

OBJEKTIF

1. Memberi pengiktirafan kepada murid.
2. Memberikan suntikan motivasi kepada semua murid untuk lebih berusaha ke arah kecemerlangan diri.
3. Membina keyakinan diri.

BIODATA TOKOH

NAMA : Muhammad Azrul Bin Talib
TARIKH LAHIR : 6 September 1995
NAMA IBU : Pn Jamilah Binti Johar ( Guru Pend. Islam SK Kuala Linggi)
NAMA AYAH : En Talib Bin Ludin ( Guru Matematik SK Sg. Tuang)
PENDIDIKAN :
       - Tadika Kemas Kuala Linggi
       - SK Kuala Linggi (5A UPSR)
       - SM. Sains Tuanku Ja'afar, Kuala Pilah
       - SMK Sultan Alauddin (8A PMR, 9A SPM)

KEGIATAN KOKURIKULUM:
 * Anugerah Gangsa Wind Orchestra SBP 2009
 * Naib Johan Putera Kelas 1 Kejohanan Silat
 * Olahraga Peringkat Daerah Kuala Pilah 2009
 * Menyertai Pertandingan Silat Seni Peringkat Negeri 2009
 * Acara Seni Tari (Solo) Putera
 * Emas Kategori Leatherweight
 * Pertandingan Teakwondo Anjuran Tanarata Institute
 * Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Negeri - Ketua Platun
 * Naib Johan Hafazan Putera MTAQ
 * Kooperator Terbaik 2012
"jika ingin berjaya perlu jaga ADAP...Adap dengan guru, ibu bapa, menuntut ilmu..."



Khamis, 21 Mac 2013

Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Spm, Pameran Akademik dan Hari Bertemu Pelanggan

Tarikh : 21 Mac 2013
Masa : 10 pagi - 4.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA

OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan yang baik antara pihak pengurusan sekolah dengan komuniti luar.
2. Memberi pendedahan akademik dan halatuju kepada semua murid, guru dan ibu bapa dengan lebih jelas.
3. Memberi rangsangan dan motivasi kepada semua murid agar dapat menyusun strategi pembelajaran dengan lebih spesifik'.
4. Mendapatkan komitmen bersepadau daripada ibu bapa/penjaga dalam mencapai kecemerlangan akademik.
5. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang cemerlang.




Minggu Bahasa

Tarikh : 18-20 Mac 2013
Masa : 7.30 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim
Pengetua SMKSA

OBJEKTIF
1. Menanam semangat cintakan bahasa
2. Mendedahkan kepada pelajar kepentingan menguasai lebih daripada satu bahasa.
3. Melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan sopan dan bertatasusila dalam pelbagai situasi.
4. Membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru-guru.

AKTIVITI

1. Pertandingan bercerita (Bahasa Melayu)
2. Film Show (Bahasa Inggeris)
3. Kuiz bertulis (Bahasa Inggeris)
4. Pertandingan Puisi (Bahasa Melayu)
5. Pertandingan bersyair dan Deklamasi Sajak (Bahasa Melayu)
6. Kuiz Pengetahuan Am (Bahasa Cina)
7. Pertandingan Pidato (Bahasa Melayu)
8. Explorace ((Bahasa Arab)
9. Spell It Right (Bahasa Inggeris)
10. Kuiz Bahasa Arab



Rabu, 13 Mac 2013

Majlis Pelancaran Program 'Jom Ke Sekolah 2'

Tarikh : 13 Mac 2013
Masa : 7.15 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : En Mohd Zulhijri Bin Sabtu
Ketua Unit HEM JPN Melaka
Tema : Sahsiah Cemerlang, Sekolah Terbilang

Objektif 
1. Menyebarkan maklumat kepentingan hadir ke sekolah.
2. Membudayakan amalan sayang dan cinta pada sekolah.
3. Menghargai dan meningkatkan keyakinan diri murid.
4. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

  • Peratus kehadiran murid meningkat daripada 88.45% kepada 95.0%. Setiap pelajar berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 182/191 jumlah hari persekolahan bagi tahun 2013.
  • Peratus bilangan murid ponteng menurun daripada 1.8% (2012) kepada 0.01% KPI KPM (2013)
  • Purata murid ponteng kelas menurun daripada 612 orang (3.9%) tahun 2012 kepada 109 orang (0.07%) tahun 2013.
Aktiviti:
  1. Program 'Welcoming School'
  2. Taklimat pengurusan murid kepada semua guru tingkatan.
  3. Soal Selidik
  4. Program Montor-Mentee
  5. Penguatkuasaan Disiplin
  6. Bimbingan kerohanian tazkirah Jumaat
  7. Ceramah Motivasi
  8. Sesi Dialog Keibubapaan
  9. Anugerah Inovasi
  10. Radio Sekolah
  11. Lawatan ke rumah murid ponteng
  12. Buku Log murid ponteng






Selasa, 5 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 & Majlis Kecemerlangan

Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Persami : Yang Berbahagia Datuk Zamani Bin Sulaiman
Setiausaha Dewan Negara
Parlimen Malaysia





Isnin, 25 Februari 2013

Kem Bina Insan dan Kepimpinan

Tarikh : 22-23 . 02 . 2013
Tempat : Institut Teknologi Unggas (ITU)
Anjuran Bersama : Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan PIBG SMKSA