Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Jumaat, 5 Julai 2013

LADAP 5 KURSUS FROG VLE

Tarikh : 3 & 4 Julai 2013
Masa : 2.00 - 5.00 Petang
Tempat : Makmal Komputer SMKSA

OBJEKTIF DAN FAEDAH FROG VLE

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.

Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.





Isnin, 1 Julai 2013

Minggu Teknik dan Vokasional

Tarikh : 22 - 28 Jun 2013
Tempat :  SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim

Aktiviti
  • Kuiz
  • Jualan
  • Arodinamik
  • Pertandingan gubahan buah nanas dan buah tembikai
  • Demonstrasi membuat pizza
  • Pertandingan Melukis Model Kereta
  • Explorace
  • Pertandingan pendawaian lampu pendaflour

KEMAHIRAN TEKNIK TERAJUI KEJAYAAN