Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Sabtu, 29 Disember 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Minggu Orientasi

Tarikh : 28 Disember 2012
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA



MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan 
personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah rendah.
OBJEKTIF

3.1 Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang 
baru.

3.2 Murid-murid memahami kurikulum, ko-kurikulum dan budaya belajar 
sekolah menengah.

3.3 Supaya mereka dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang 
membina di alam sekolah menengah.

3.4 Mengeratkan hubungan yang baik antara murid baru dengan warga 
sekolah.

3.5 Melatih murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.



Selasa, 25 September 2012

Majlis Penutupan Program Kibarkan Jalur Gemilang

Tarikh : 22 September 2012
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : Pn Hajah Salamah Bt. Hashim (Pengetua SMKSA)

Pengenalan
     Kempen kibarkan Jalur Gemilang peringkat SMK Sultan Alauddin adalah satu program menyokong usaha kerajaan menerusi Kementerian pelajaran semperna sambutan bulan kemerdekaan ke-55 tahun 2012.
      Kempen ini bertujuan memupuk semangat cintakan Negara serta perasaan menghormati lambang Negara. Usaha murni ini dirangkumkan dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua guru dan murid SMKSA.

Objektif
·     Memupuk sikap menghormati lambang utama Negara iaitu bendera Jalur Gemilang.

·     Membina dan memupuk sikap cintakan sejarah Negara dan semangat patriotisme kepada warga SMKSA.

·    Mencungkil bakat dan kemahiran murid serta menyemai semangat 1 Malaysia dalam kalangan murid.





Ahad, 9 September 2012

Majlis Perpisahan En Hazmi B Ali GPK Hem

Tarikh : 8 September 2012
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA



Biodata Diri

NAMA : Hazmi Bin Ali
TARIKH LAHIR : 22 Jun 1966
TEMPAT LAHIR : Air Molek, Kuala Sungai Baru, Melaka
HOBI : Berkebun
NAMA ISTERI : Hasifah Bt Bahari
NAMA ANAK : Syafiqah, Muhd Hafizuddin, Sarah Aisyah, Mardiah
TEMPOH BERKIHDMAT : 6 Mac 2009 - 8 September 2012

Isnin, 6 Ogos 2012

Ceramah Kebaikan Solat dan Sumbangan Duit Raya

Tarikh : 3 Ogos 2012 / Jumaat
Tempat : Dewan Berbumbung
Penceramah : Pn Rahimah Binti Latif


Khamis, 2 Ogos 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Tarikh : 1 Ogos 2012 / Rabu
Tempat : Dewan Berbumbung
Masa : 7.40


Matlamat

Menarik penglibatan murid-murid dalam aktiviti koakademik yang secara tidak langsung membantu pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.
Melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang bersesuaian dengan visi sekolah iaitu “Alauddin Terbilang

Objektif
à Memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan semua warga SMKSA.
à Mencungkil bakat dan kemahiran murid.
à Memberi peluang kepada semua murid menghayati sejarah melalui pertandingan dan aktiviti yang     dijalankan.
à Menyemai semangat 1 Malaysia dalam kalangan murid di sekolah ini menerusi aktiviti-aktiviti yang   dirancangkan.
à Memupuk sikap menghormati     lambang utama Negara iaitu Bendera ‘Jalur Gemilang’.

Aktiviti Bulan Kemerdekaan
à Ceria merdeka setiap kelas dan kawasan sekolah.
à Penyediaan brosur ‘flyers’
à Kuiz Sejarah
à Sudut sejarah
à Pengkisahan sejarah/Ceramah 1      Malaysia
à Siaran lagu-lagu patriotik setiap pagi
à Pertandingan melukis poster
à Tayangan filem patriotik






Rabu, 25 Julai 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tarikh : 23 Julai 2012
Tempat : Dataran Wakaf Hajah Aminah

Objektif

  1. Menghargai pencapaian murid dalam bidang akademik
  2. Merangsang pelajar untuk lebih tekun belajar dan terus mencapai kecemerlangan.
Wajah - wajah pelajar cemerlang

Khamis, 12 Julai 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Tarikh   : 10 Julai 2012
Masa    : 8.00 Pagi
Tempat : Padang SMKSA

  1. Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tahun 2012 dijalankan serentak seluruh Malaysia.
  2. Senamrobik serentak  1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan.
  3. Senamrobik ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai "Largest Simultaneous Participation of School Student in An Aerobic Session".

Ahad, 8 Julai 2012

Hari Kokurikulum dan Koperasi Perdana 2012

Tarikh   : 2 Julai 2012
Masa    : 7.40 - 9.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Aturcara Majlis
  • Bacaan Doa
  • Perutusan -Presiden Angkasa dan Menteri Pelajaran Malaysia
  • Ucapan Pengetua ( Pengerusi Koperasi SMKSA)
  • Nyanyian lagu Semangat Koperasi oleh Pengawas Koperasi SMKSA
  • Kuiz koperasi
  • Penyampaian cenderamata kepada Koperator terbaik
  • Penanaman Pokok
  • Jamuan

Tarikh   : 7 Julai 2012
Masa    : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : SMK Sultan Alauddin

Matlamat
Meningkatkan penglibatan pelajar secara total dalam kelab, persatuan, badan berunifom dan sukan serta memastikan kecergasan fizikal dan kerohanian pelajar berada pada tahap konsisten supaya mereka berupaya melakukan pelbagai aktiviti

Objektif
  1. Mengenal pasti kerjaya selepas persekolahan
  2. Memberi panduan kepada pelajar arah tuju selepas persekolahan.
  3. Mengenal pasti dan melahirkan usahawan, pemidato dan sebagainya.
  4. Menambahkan dana setiap kelab atau persatuan.





Rabu, 27 Jun 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke 40

TARIKH : 25 Jun 2012
MASA : 3.00 Petang
PERASMI : Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Hj Abdul Rahim Bin Dato' Tamby Chik
(PCM, DGSM, DA, DPMJ, SSA, AMN, PJK)

Acara Saringan

Acara sebelum sukan
Acara Awal

Selasa, 19 Jun 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & MENTOR-MENTEE

TARIKH : 18 JUN 2012
MASA : 7.30 - 9.00 Pagi
TEMPAT : Dataran Perhimpunan SMKSA
DIRASMIKAN OLEH : Pn. Hjh Salamah Binti Hashim (Pengetua SMKSA)

Objektif Program Jom Ke Sekolah
1. Setiap pelajar  berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 90% sepanjang tahun.
2. Meningkatkan peratus keseluruhan kehadiran murid.
3. Menanam kesedaran bahawa kehadiran ke sekolah adalah satu tanggungjawab.
4. Menginsafi bahawa murid merupakan keutamaan dalam melaksanakan tugas.
5. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan negara.

Objektif Program Mentor-Mentee
1. Menjiwaai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa murid merupakan keutamaan dalam melaksanakan tugas.
3. Mengeratkan hubungan di antara guru murid dalam matlamat meningkatkan potensi kecemerlangan murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
4. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan negara.





Ikrar Pelajar oleh Pejar Contoh kehadiran terbaik




IKRAR KEHADIRAN KE SEKOLAH

Bahawasanya kami
Murid-murid SMK Sultan Alauddin
Dengan ini berikrar
kepada diri kami sendiri
Ibu bapa dan guru-guru
Bahawa kami 
Tidak akan ponteng sekolah
Di sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Kami juga berjanji
Untuk sentiasa bersedia
Menghadapi segala cabaran
Berusaha mengatasi masalah ponteng sekolah
Demi menjaga nama baik 
Ibu bapa, guru-guru, sekolah dan diri kami.

Sabtu, 16 Jun 2012

LADAP ke 5

Khidmat Bantu Program Nilam
Penceramah :  En Shuhani Bin Hasan
(Peg. Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNM)

TEMPAT: Bilik Mesyuarat
TARIKH : 14 JUN 2012
MASA : 2.30 -5.00

MATLAMAT
Kursus LADAP kidmat bantu program NILAM adalah mendedahkan kepada guru-guru tentang Program NILAM dengan lebih mendalam.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang program NILAM
  • Menjadikan pengurusan NILAM lebih sistematik
  • Meningkatkan bilangan penerima Anugerah Gangsa, Perak, Emas dan NILAM.