Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Sejarah



Sejarah awal bermula tahun 1962 dan dikenali sebagai sekolah Pelajaran Lanjutan yang mengandungi empat kelas. Pada tahun 1964, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada sekolah Inggeris Menengah Rendah (SMR26) yang mempunyai dua aliran iaitu Melayu dan Inggeris.

Pada tahun 1965, bilangan kelasnya bertambah daripada lima belas bilik darjah kepada dua puluh tiga bilik darjah (1966). Pada tahun 1967 pula, bilangan bilik darjahnya sebanyak tiga puluh empat kelas. Pada tahun ini juga, sekolah ini telah berkongsi bangunan di Sekolah Ghafar Baba.

Menjelang tahun 1968, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri yang terdiri daripada tiga blok bangunan dan sebuah kantin. Ketiga-tiga bangunan mengandungi daripada bilik-bilik darjah yang boleh dibuka sebagai dewan, dua buah makmal sains, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, dua bilik sains rumah tangga, sebuah bilik lukisan teknik serta dua buah bengkel pertukangan, logam dan elektrik.

Pada tahun 1969, murid-murid aliran Melayu ke Sekolah Ghafar Baba , manakala murid-murid sekolah ini terdiri daripada murid-murid aliran Inggeris.

Pada tahun 1974, sebuah kediaman rasmi pengetua telah dibina. Pada tahun yang sama juga, dua blok bangunan telah dibina dan terdiri daripada satu blok bilik darjah, makmal dan sebuah surau.

Nama sekolah Pelajaran Lanjutan telah ditukar kepada Sekolah Menengah Rendah (SMR26) dan bangunan-bangunan ini telah dirasmikan oeh Menteri Pendidikan YB. Dato' Hussein Onn. Nama sekolah ini juga telah ditukar kepada Sekolah Menengah Masjid Tanah (SMMT).

Walau bagaimana pun nama SMMT juga telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin (SMKSA) pada 1 Januari 1988. Pelajar aliran Bahasa Inggeris yang lulus LCE layak meneruskan pelajaran ke tingkatan 4 dan seterusnya ke tingkatan 5 Sains. Manakala pelajar-pelajar melayu yang lulus PMR layak meneruskan pelajaran mereka ke tingkatan 4 dan seterusnya ke tingkatan 5 Sastera.

Sekolah ini mula menubuhkan kelas tingkatan 6 Aliran Sastera pada tahun 1977 dan pada tahun 1978 pelajar perintisnya mengambil peperiksaan STPM.

Tahun berganti tahun, SMKSA mempunyai murid lebih dariapda 1000 orang dengan 38 bilik darjah. Terdapat kelas Aliran Agama yang terdiri daripada murid-murid perempuan sahaja. Mereka yang mendapat 5A UPSR sahaja yang layak untuk memasuki kelas Aliran Agama ini.

Terdapat satu blok dua tingkat yang disediakan sebagai asrama khas untuk murid-murid perempuan sahaja. Keutamaannya hanya murid-murid Aliran Agama dan rancangan Khas sahaja. Pada November 2006 sebuah makmal komputer bagi keperluan PnP telah dibina (ICTL). Bangunan ini telah mula beroperasi pada tahun 2009.

Bermula Ogos 2007, kompleks Asrama Putera yang lengkap dengan rumah warden dan surau serta dewan makan kini dalam pembinaan. Pembangunan fizikal sekolah ini bertambah pesa dengan pembinaan bengkel MPV Automotif bernilai RM700,000 yang telah siap pembinaannya sebelum sesi 2009 bermula.

Kini SMKSA mempunyai murid seramai lebih daripada 1400 orang. Pertambahan bilangan murid ini telah menyumbang kepada kejayaan kepada sekolah tidak kira dari segi kokurikulum mahupun kurikulum.

Semoga warga SMKSA terus gemilang untuk melahirkan lebih ramai lagi murid yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan