Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Selasa, 25 September 2012

Majlis Penutupan Program Kibarkan Jalur Gemilang

Tarikh : 22 September 2012
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : Pn Hajah Salamah Bt. Hashim (Pengetua SMKSA)

Pengenalan
     Kempen kibarkan Jalur Gemilang peringkat SMK Sultan Alauddin adalah satu program menyokong usaha kerajaan menerusi Kementerian pelajaran semperna sambutan bulan kemerdekaan ke-55 tahun 2012.
      Kempen ini bertujuan memupuk semangat cintakan Negara serta perasaan menghormati lambang Negara. Usaha murni ini dirangkumkan dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua guru dan murid SMKSA.

Objektif
·     Memupuk sikap menghormati lambang utama Negara iaitu bendera Jalur Gemilang.

·     Membina dan memupuk sikap cintakan sejarah Negara dan semangat patriotisme kepada warga SMKSA.

·    Mencungkil bakat dan kemahiran murid serta menyemai semangat 1 Malaysia dalam kalangan murid.