Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Jumaat, 26 April 2013

Minggu Sains dan Matematik

Tarikh : 22-26 April 2013
Masa : 7.20 - 8.20 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim

OBJEKTIF

1. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan harian.
2. Meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam bidang sains & matematik.
3. Menguji kemampuan pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti.
4. Membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru.
5. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.

AKTIVITI

1. Pameran Sains
2. Sudoku / Smart Usage Calculator
3. Pertandingan Merekacipta Model Kereta
4. Pengkisahan Ahli Sains/Matematik
5. Kuiz Sains dan Matematik
6. Explorace
7. Math Genius
8. Sudut Kreatif Sains dan Matematik



Isnin, 8 April 2013

Program Sejenak Bersama Murid Cemerlang SPM

Tarikh : 8 April 2013
Masa : 7.20 - 8.20 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Pelajar Cemerlang SPM : Sdr. Muhammad Azrul Bin Talib

OBJEKTIF

1. Memberi pengiktirafan kepada murid.
2. Memberikan suntikan motivasi kepada semua murid untuk lebih berusaha ke arah kecemerlangan diri.
3. Membina keyakinan diri.

BIODATA TOKOH

NAMA : Muhammad Azrul Bin Talib
TARIKH LAHIR : 6 September 1995
NAMA IBU : Pn Jamilah Binti Johar ( Guru Pend. Islam SK Kuala Linggi)
NAMA AYAH : En Talib Bin Ludin ( Guru Matematik SK Sg. Tuang)
PENDIDIKAN :
       - Tadika Kemas Kuala Linggi
       - SK Kuala Linggi (5A UPSR)
       - SM. Sains Tuanku Ja'afar, Kuala Pilah
       - SMK Sultan Alauddin (8A PMR, 9A SPM)

KEGIATAN KOKURIKULUM:
 * Anugerah Gangsa Wind Orchestra SBP 2009
 * Naib Johan Putera Kelas 1 Kejohanan Silat
 * Olahraga Peringkat Daerah Kuala Pilah 2009
 * Menyertai Pertandingan Silat Seni Peringkat Negeri 2009
 * Acara Seni Tari (Solo) Putera
 * Emas Kategori Leatherweight
 * Pertandingan Teakwondo Anjuran Tanarata Institute
 * Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Negeri - Ketua Platun
 * Naib Johan Hafazan Putera MTAQ
 * Kooperator Terbaik 2012
"jika ingin berjaya perlu jaga ADAP...Adap dengan guru, ibu bapa, menuntut ilmu..."



Khamis, 21 Mac 2013

Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Spm, Pameran Akademik dan Hari Bertemu Pelanggan

Tarikh : 21 Mac 2013
Masa : 10 pagi - 4.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA

OBJEKTIF

1. Mewujudkan hubungan yang baik antara pihak pengurusan sekolah dengan komuniti luar.
2. Memberi pendedahan akademik dan halatuju kepada semua murid, guru dan ibu bapa dengan lebih jelas.
3. Memberi rangsangan dan motivasi kepada semua murid agar dapat menyusun strategi pembelajaran dengan lebih spesifik'.
4. Mendapatkan komitmen bersepadau daripada ibu bapa/penjaga dalam mencapai kecemerlangan akademik.
5. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang cemerlang.




Minggu Bahasa

Tarikh : 18-20 Mac 2013
Masa : 7.30 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : Pn Hjh Salamah Binti Hashim
Pengetua SMKSA

OBJEKTIF
1. Menanam semangat cintakan bahasa
2. Mendedahkan kepada pelajar kepentingan menguasai lebih daripada satu bahasa.
3. Melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan sopan dan bertatasusila dalam pelbagai situasi.
4. Membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan pelajar dan guru-guru.

AKTIVITI

1. Pertandingan bercerita (Bahasa Melayu)
2. Film Show (Bahasa Inggeris)
3. Kuiz bertulis (Bahasa Inggeris)
4. Pertandingan Puisi (Bahasa Melayu)
5. Pertandingan bersyair dan Deklamasi Sajak (Bahasa Melayu)
6. Kuiz Pengetahuan Am (Bahasa Cina)
7. Pertandingan Pidato (Bahasa Melayu)
8. Explorace ((Bahasa Arab)
9. Spell It Right (Bahasa Inggeris)
10. Kuiz Bahasa Arab



Rabu, 13 Mac 2013

Majlis Pelancaran Program 'Jom Ke Sekolah 2'

Tarikh : 13 Mac 2013
Masa : 7.15 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : En Mohd Zulhijri Bin Sabtu
Ketua Unit HEM JPN Melaka
Tema : Sahsiah Cemerlang, Sekolah Terbilang

Objektif 
1. Menyebarkan maklumat kepentingan hadir ke sekolah.
2. Membudayakan amalan sayang dan cinta pada sekolah.
3. Menghargai dan meningkatkan keyakinan diri murid.
4. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

  • Peratus kehadiran murid meningkat daripada 88.45% kepada 95.0%. Setiap pelajar berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 182/191 jumlah hari persekolahan bagi tahun 2013.
  • Peratus bilangan murid ponteng menurun daripada 1.8% (2012) kepada 0.01% KPI KPM (2013)
  • Purata murid ponteng kelas menurun daripada 612 orang (3.9%) tahun 2012 kepada 109 orang (0.07%) tahun 2013.
Aktiviti:
  1. Program 'Welcoming School'
  2. Taklimat pengurusan murid kepada semua guru tingkatan.
  3. Soal Selidik
  4. Program Montor-Mentee
  5. Penguatkuasaan Disiplin
  6. Bimbingan kerohanian tazkirah Jumaat
  7. Ceramah Motivasi
  8. Sesi Dialog Keibubapaan
  9. Anugerah Inovasi
  10. Radio Sekolah
  11. Lawatan ke rumah murid ponteng
  12. Buku Log murid ponteng






Selasa, 5 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 & Majlis Kecemerlangan

Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Persami : Yang Berbahagia Datuk Zamani Bin Sulaiman
Setiausaha Dewan Negara
Parlimen Malaysia





Isnin, 25 Februari 2013

Kem Bina Insan dan Kepimpinan

Tarikh : 22-23 . 02 . 2013
Tempat : Institut Teknologi Unggas (ITU)
Anjuran Bersama : Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan PIBG SMKSA





Selasa, 19 Februari 2013

Program Pelancaran NILAM

Tarikh : 18. 02 .2013
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA


Pengenalan
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai.

Matlamat
Membudayakan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
Membiat tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

Strategi
• Memupuk sikap murid supaya suka dan banyak membaca.
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga elemen Program Nilam
Rekod Membaca
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.

Pengesahan pembacaan
Guru kelas, guru akademik, dan ibu bapa mengesahkan rekod bacaan murid.

Pengiktirafan
Pengiktirfan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca


Program NILAM mempunyai 2 Tahap:
• Tahap Jauhari
• Tahap Rakan Pembaca (RP)

Tahap Jauhari
• Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua murid diwajibkan mengikuti galakan membaca dalam Tahap Jauhari
• Murid mula mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan tahun untuk Tahun 1).
Tahap Rakan Pembaca (RP)
• Setelah membaca 100 buah buku dalam Tahap Jauhari, murid layak dimasukkan ke dalam Tahap Rakan Pembaca.
• Murid membentuk kumpulan RP masing-masing yang tidak lebih daripada 10 orang ahli.
• Murid mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).
• Murid menjalankan sebarang aktiviti berkaitan buku seperti ulasan buku, aktiviti bercerita, membaca bersama-sama rakan, keluarga, dan jiran.
• Aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan RP disahkan oleh guru / penjaga
Pengiktirafan 

Gangsa
90 –179
72 - 143

Perak
180 – 269
144 - 215

Emas
270 – 358
126 - 287

NILAM
360 ke atas
288 ke atas


Jumaat, 15 Februari 2013

LADAP KE 2

Tarikh : 14 . 02 . 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tajuk : Pengurusan Wasiat

Selasa, 5 Februari 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar

Tarikh : 04. 02. 2013
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : En. Hasni Bin Yang Ghazali
AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah,
Ahli Lembaga Pengarah Urusan Sinar Estacon Sdn. Bhd.