Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Selasa, 5 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 & Majlis Kecemerlangan

Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Persami : Yang Berbahagia Datuk Zamani Bin Sulaiman
Setiausaha Dewan Negara
Parlimen Malaysia





Isnin, 25 Februari 2013

Kem Bina Insan dan Kepimpinan

Tarikh : 22-23 . 02 . 2013
Tempat : Institut Teknologi Unggas (ITU)
Anjuran Bersama : Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan PIBG SMKSA





Selasa, 19 Februari 2013

Program Pelancaran NILAM

Tarikh : 18. 02 .2013
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA


Pengenalan
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberikan pengiktirafan yang sesuai.

Matlamat
Membudayakan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
Membiat tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.

Strategi
• Memupuk sikap murid supaya suka dan banyak membaca.
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga elemen Program Nilam
Rekod Membaca
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.

Pengesahan pembacaan
Guru kelas, guru akademik, dan ibu bapa mengesahkan rekod bacaan murid.

Pengiktirafan
Pengiktirfan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca


Program NILAM mempunyai 2 Tahap:
• Tahap Jauhari
• Tahap Rakan Pembaca (RP)

Tahap Jauhari
• Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua murid diwajibkan mengikuti galakan membaca dalam Tahap Jauhari
• Murid mula mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan tahun untuk Tahun 1).
Tahap Rakan Pembaca (RP)
• Setelah membaca 100 buah buku dalam Tahap Jauhari, murid layak dimasukkan ke dalam Tahap Rakan Pembaca.
• Murid membentuk kumpulan RP masing-masing yang tidak lebih daripada 10 orang ahli.
• Murid mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator).
• Murid menjalankan sebarang aktiviti berkaitan buku seperti ulasan buku, aktiviti bercerita, membaca bersama-sama rakan, keluarga, dan jiran.
• Aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan RP disahkan oleh guru / penjaga
Pengiktirafan 

Gangsa
90 –179
72 - 143

Perak
180 – 269
144 - 215

Emas
270 – 358
126 - 287

NILAM
360 ke atas
288 ke atas


Jumaat, 15 Februari 2013

LADAP KE 2

Tarikh : 14 . 02 . 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat
Tajuk : Pengurusan Wasiat

Selasa, 5 Februari 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar

Tarikh : 04. 02. 2013
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Perasmi : En. Hasni Bin Yang Ghazali
AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah,
Ahli Lembaga Pengarah Urusan Sinar Estacon Sdn. Bhd.



Khamis, 31 Januari 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Tarikh : 31 Januari 2013

Merentas Desa merupakan satu acara Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan


Objektif
1. Melahirkan bakat-bakat baru yang akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD. 

2. Memupuk jalinan kerja sama yang erat antara para guru dan pelajar. 

3. Membina dan memupuk nilai-nilai displin, kerjasama, daya saing dan daya juang di kalangan pelajar. 

4. Melahirkan warga SMKSK yang cemerlang, gemilang, terbilang.








Jumaat, 25 Januari 2013

Selasa, 22 Januari 2013

Majlis Penyerahan Wang RM100 Bantuan Khas Awal Persekolahan

Tarikh : 21 Januari 2013
Masa : 12.30
Tempat : Dewan Terbuka SMKSA
Dirasmikan Oleh : YB Datuk Ar. Hj Ismail Bin Othman






Ahad, 6 Januari 2013

Gotong-Royong Perdana

Tempat : SMK Sultan Alauddin
Tarikh : 5 Januari 2013

OBJEKTIF
  • Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah, selamat dan ceria.
  • Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadapkebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.2.5Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.




Jumaat, 4 Januari 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan PMR 2012

Perasmi : Pengarah Pelajaran Melaka Tn Haji Kasim Bin Muhamad
Tarikh : 2 Januari 2013

Seramai 9 pelajar SMKSA mendapat straight A dalam PMR 2012

  • Muhammad Akasyah B Muhammad Phuze
  • Nor Al Shuhadah Bt Sabarudin
  • Nur Hazirah Bt Mustapah
  • Nur Izzati Hidayatullah Bt Badrul Hisham
  • Kamarul Azim Muhaimin B Kamaruuddaman
  • Nur Amira Yasmin Bt Anwar 
  • Nur Fifi Fatin Bt Mohd Razali
  • Siti Nur Hijriah Bt Mohd Nizam
8 orang pelajar mendapat 8A 1B
14 orang pelajar mendapat 7A

Bilangan Lulus : 215 orang
Peratus Lulus : 71.4 %
GPS : 2.61

Objektif Penganugerahan

1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada yang telah mencapai tahap   kecemerlangan.
2. Memberi galakan dan dorongan serta mewujudkan saingan yang sihat di kalangan    pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

3. Menerapkan budaya cintakan ilmu dalam diri pelajar supaya cemerlang dalam pelbagai bidang.