Makluman

-- Mulakan hari persekolahan dengan senyuman. GURU MENGAJAR MURID BELAJAR. ALAUDDIN TERBILANG

Khamis, 12 Julai 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Tarikh   : 10 Julai 2012
Masa    : 8.00 Pagi
Tempat : Padang SMKSA

  1. Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia tahun 2012 dijalankan serentak seluruh Malaysia.
  2. Senamrobik serentak  1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan.
  3. Senamrobik ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai "Largest Simultaneous Participation of School Student in An Aerobic Session".

Ahad, 8 Julai 2012

Hari Kokurikulum dan Koperasi Perdana 2012

Tarikh   : 2 Julai 2012
Masa    : 7.40 - 9.00 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan

Aturcara Majlis
  • Bacaan Doa
  • Perutusan -Presiden Angkasa dan Menteri Pelajaran Malaysia
  • Ucapan Pengetua ( Pengerusi Koperasi SMKSA)
  • Nyanyian lagu Semangat Koperasi oleh Pengawas Koperasi SMKSA
  • Kuiz koperasi
  • Penyampaian cenderamata kepada Koperator terbaik
  • Penanaman Pokok
  • Jamuan

Tarikh   : 7 Julai 2012
Masa    : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : SMK Sultan Alauddin

Matlamat
Meningkatkan penglibatan pelajar secara total dalam kelab, persatuan, badan berunifom dan sukan serta memastikan kecergasan fizikal dan kerohanian pelajar berada pada tahap konsisten supaya mereka berupaya melakukan pelbagai aktiviti

Objektif
  1. Mengenal pasti kerjaya selepas persekolahan
  2. Memberi panduan kepada pelajar arah tuju selepas persekolahan.
  3. Mengenal pasti dan melahirkan usahawan, pemidato dan sebagainya.
  4. Menambahkan dana setiap kelab atau persatuan.





Rabu, 27 Jun 2012

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke 40

TARIKH : 25 Jun 2012
MASA : 3.00 Petang
PERASMI : Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Hj Abdul Rahim Bin Dato' Tamby Chik
(PCM, DGSM, DA, DPMJ, SSA, AMN, PJK)

Acara Saringan

Acara sebelum sukan
Acara Awal

Selasa, 19 Jun 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH & MENTOR-MENTEE

TARIKH : 18 JUN 2012
MASA : 7.30 - 9.00 Pagi
TEMPAT : Dataran Perhimpunan SMKSA
DIRASMIKAN OLEH : Pn. Hjh Salamah Binti Hashim (Pengetua SMKSA)

Objektif Program Jom Ke Sekolah
1. Setiap pelajar  berjaya mencapai kehadiran sekurang-kurangnya 90% sepanjang tahun.
2. Meningkatkan peratus keseluruhan kehadiran murid.
3. Menanam kesedaran bahawa kehadiran ke sekolah adalah satu tanggungjawab.
4. Menginsafi bahawa murid merupakan keutamaan dalam melaksanakan tugas.
5. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan negara.

Objektif Program Mentor-Mentee
1. Menjiwaai amalan penyayang adalah budaya guru.
2. Menginsafi bahawa murid merupakan keutamaan dalam melaksanakan tugas.
3. Mengeratkan hubungan di antara guru murid dalam matlamat meningkatkan potensi kecemerlangan murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
4. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan negara.





Ikrar Pelajar oleh Pejar Contoh kehadiran terbaik




IKRAR KEHADIRAN KE SEKOLAH

Bahawasanya kami
Murid-murid SMK Sultan Alauddin
Dengan ini berikrar
kepada diri kami sendiri
Ibu bapa dan guru-guru
Bahawa kami 
Tidak akan ponteng sekolah
Di sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Kami juga berjanji
Untuk sentiasa bersedia
Menghadapi segala cabaran
Berusaha mengatasi masalah ponteng sekolah
Demi menjaga nama baik 
Ibu bapa, guru-guru, sekolah dan diri kami.

Sabtu, 16 Jun 2012

LADAP ke 5

Khidmat Bantu Program Nilam
Penceramah :  En Shuhani Bin Hasan
(Peg. Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNM)

TEMPAT: Bilik Mesyuarat
TARIKH : 14 JUN 2012
MASA : 2.30 -5.00

MATLAMAT
Kursus LADAP kidmat bantu program NILAM adalah mendedahkan kepada guru-guru tentang Program NILAM dengan lebih mendalam.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang program NILAM
  • Menjadikan pengurusan NILAM lebih sistematik
  • Meningkatkan bilangan penerima Anugerah Gangsa, Perak, Emas dan NILAM.